KEISTIMEWAAN DZIKIR

KEISTIMEWAAN DZIKIR

Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t, memiliki para Malaikat yang selalu berkeliling mencari majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka duduk disitu dan masing-masing malaikat membentangkan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruangan antara ahli dzikir dan langit. Apabila Ahli dzikir itu telah kembali kerumah masing-masing., para malikat naik ke langit. Dan kemudian ditanya oleh Allah s.w.t padahal Allah telah mengetahui : Dari mana kamu datang? Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dariMu. Allah s.w.t berfirman: Apa yang mereka minta? Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga-Mu. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat SyurgaKu? Para Malaikat menjawab: Belum, Ya Alloh. Allah berfirman: Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku? Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon perlindungan-Mu. Allah berfirman: Mereka minta perlindunganKu dari apa? Malaikat menjawab: Dari Neraka-Mu,. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku? malaikat menjawab: Belum. Allah berfirman: Bagaimana seandainya mereka pernah melihat Neraka-Ku. Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon ampunan-Mu. Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka minta dan Aku telah berikan pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka minta. Para Malaikat berkata lagi: Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hambaMu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, kemudian ikut duduk bersama-sama mereka yang berada di majlis itu. Allah berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.{ H.R Muslim }
kita harus pandai memilih teman,berteman dengan tukang arang muka kita menjadi hitam, berteman dengan tukang minyak wangi badanpun terbawa wangi, bertemanlah!! dengan ahli Dzikir maka dosa kita akan diampuni.
Wallohu a’lam bishowwab { Abu Adri }

About these ads

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s